Monday, March 9, 2009

Kurung Ungu

Masa balik kampung 2 hari lepas, housemate (Kak Salwa) sempat bagi sehelai baju.. Mintak upah Mama jahitkan manik. Kak Salwa nak yang simple but ada sikit bunga2.. So inilah hasilnya.. Tak jauh beza dengan one of my baju kurung dulu..


Macam biasa.. warna kain dalam gambar lari2 sikit sebab photographer tak dak skill sangat.. =P Haih.. harus tingkatkan skill lah kalau macam ni..

Koleksi Adik Moon

Ni pulak baju Adik Moon.. Pun simple2 ja..


Tapi yang ni ada bunga2 sikit.. (^^,) First time baju adik berbunga sakan.. Hee..

Koleksi Along

Koleksi baju kurung Along yang Mama jahitkan manik.. Ya, saya memang suka yang simple2.. Boleh dipakai untuk hari2 biasa, misalnya ke pejabat atau ke kuliah. Simple but nice! (^^,)


Ni pulak kurung Pahang..

Saturday, March 7, 2009

Bunga-bunga Cinta

This is my first time tempah baju kurung Pahang dengan Makcik Mala, ibu sahabat saya, Aisyah.. Kain pink ni adalah dari jenis Thai silk. Tak keras pun.. Memang cantik dibuat kurung Pahang. Oleh kerana warnanya plain saja, so saya mintak tolong Mama jahitkan manik. Kali ni ada bunga2 sikit. Ada beads and labuci. Selalunya saya suka yang simple2 ja.. (^^,). So ini lah hasilnya...

Bunga2 dan daun2nya di hujung tangan dan di bawah baju. Tapi.. Huu.. Saya tak pandai sangat tangkap gambar, so dah lari warnanya yang cantik tu..

Yeah I love it soooo much coz it veeeery sweet! Seriously saya suka.. Thanks Mama.. Lepas ni kawan2 Along pulak nak mintak upah Mama jahitkan untuk baju depa.. (^^,)

Tengah terfikir2.. bila la nak pakai baju cantik ni ya... ;-) Hihi..

Salam Perkenalan

Assalamualaikum semua.. :-)

Selamat datang ke Teratak Malinja!
Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum and welcome!

Alhamdulillah, syukur.. Akhirnya hasrat kami untuk membuka sebuah blog keluarga tercapai juga. Tujuan utama kami wujudkan blog Teratak Malinja ini adalah untuk berkongsi tentang masakan dan jahitan di samping menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara online. Terdapat 3 orang penulis di Teratak Malinja iaitu Along, AdikMoon dan MamaSal.

Semoga ilmu yang dikongsi, dapat dimanfaatkan bersama.


Salam perkenalan dari kami,
Along, AdikMoon & MamaSal (^^,)